PERENGGAN PENDAHULUAN
Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Di dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengan fokus utama karangan.
Definisi/Penyataan Umum
Ayat Huraian (AH)
Ayat Contoh (AC)
Ayat Arah (AA)
PERENGGAN ISI
Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Satu isi dihuraikan dalam satu perenggan supaya karangan lebih kemas dan teratur. Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat. Perenggan isi dimulakan dengan satu ayat topik diikuti dengan ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas.
Ayat Topik (AT)
Ayat Huraian (AH)
Ayat Contoh (AC)
Ayat Penegas (AP)
TEKNIK IMBaKUP (PERENGGAN ISI)
Bagi teknik ini, pelajar perlu menyoal diri sendiri bagi mendapatkan soalah yang diperlukan. Namun begitu, soalan yang ditanya tidaklah dimasukkan ke dalam penulisan. Hanya jawapan sahaja yang dinyatakan.
*Teknik ini boleh digunakan sebagai salah satu teknik untuk menulis perenggan isi dengan baik.
Contoh Teknik IMBaKUP
TAJUK : Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial
Isi : memberikan didikan agama
Mengapa :
i. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi
ii. panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan
iii. dapat membezakan permata dengan batu kelikir
Bagaimana :
i. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biarlah dari rebungnya
ii. memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat tiang agama - mampu mencegah kemungkaran
Kesan :
i. takut balasa Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial
ii. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia
Ungkapan Menarik : Albert Einstein " Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh."
Penegas : Didikan agama yang mantap merupakan elemen yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing.
Contoh perenggan isi yang lengkap
PERENGGAN PENUTUP
Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.
Ayat Kesimpulan (AK)
Ayat Cadangan (AC)
Ayat Harapan (AH)