Bagaimana untuk mendapat markah yang tinggi atau gred A di dalam penulisan karangan bahasa Melayu ?

1. Baca semua soalan yang diberikan :

  • Fahami arahan kehendak soalan.
  • Kenal pasti format yang perlu digunakan.
  • Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.

2. Guna isi yang berlainan :

  • Susun isi secara berturutan.
  • Letak isi mengikut perenggan.
  • Memberi huraian yang tepat kepada isi.
  • Sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni dan pengajaran.

3. Penggunaan perkataan yang pelbagai :

  • Menggunakan perkataan yang terkini.
  • Elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap.
  • Penggunaan perkataan teknikal dengan tepat.
  • Elak menggunakan perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.

4. Susun ayat dengan kemas :

  • Elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek.
  • Menggunakan ayat yang pendek tetapi lengkap.
  • Kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik.

5. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan :

  • Dapat membezakan imbuhan -an dan -kan.
  • Menggunakan imbuhan yang pelbagai (awalan / akhiran / sisipan / apitan (sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis))

6. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul :

  • Menggunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan.
  • Menggunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.

7. Tulis mengikut ejaan yang betul :

  • Elak mengikut sebutan dialek / daerah.
  • Elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan.

*Tahukah kamu terdapat beberapa perkataan ejaannya yang disatukan.


Punca-punca penulisan karangan menjadi lemah dan dipotong markah.

1. Kesalahan memilih tajuk.

  • Kesalahan memilih tajuk kebiasaannya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin kerana calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan aslkan siap sahaja.

2. Kekurangan isi.

  • Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atay meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.

3. Pembahagian perenggan.

  • Terdapat calon yang meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan!!

4. Tidak merangka karangan.

  • Terdapat calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.
  • Terdapat juga isi yang sam diulang. Malah terdapat calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian. (terlintas di fikiran)

5. Kesalahan tatabahasa.

  • Calon perlu tahu, penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat 'A'.
  • Pada tahap Tahun 6, sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih terdapat calon yang tidak dapat membezakan antara 'pada dengan 'di', 'dari' dengan 'daripada', 'bila' dengan 'apabila' dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi terdapat calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.

6. Kesuntukan masa.

  • Masa membina karangan sangat terhada. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini akan menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis.
  • Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50% (C) sahaja.

7. Kesalahan lain.

  • Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
  • Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
  • Masih terdapat calon yang menggunakan bahasa dialek daerah (bahasa kampung / bahasa Kelantan  / bahasa Utara / bahasa Jawa / bahasa Bugis / bahasa SMS)


Berikut merupakan contoh kesalahan tatabahasa dan pembetulannya.

1. Penggunaan perkataan yang berulang dalam suatu ayat.

  • SALAH : Selepas mandi Yusri bersarapan , selepas itu dia memakai baju, selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.
  • BETUL : Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.

2. Salah menggunakan perkataan 'dari' dan 'daripada'

  • SALAH : Kain batik itu datang daripada Terengganu.
  • BETUL : Kain batik itu datang dari Terengganu.

*Nota Cikgu Amiene Rev : Perkataan 'dari' digunakan untuk tempat

  • SALAH : Saya baru terima surat dari kakak.
  • BETUL : Saya baru terima surat daripada kakak.

*Nota Cikgu Amiene Rev : Perkataan 'daripada' digunakan untuk orang.

3. Kesalahan menggunakan kata 'ialah' dan 'adalah'.

  • SALAH : Dengan hormatnya dimaklumkan..............
  • BETUL : Adalah dengan hormatnya dimaklumkan..............
  • SALAH : Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.
  • BETUL : Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.

4. Kesalahan struktur ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)

  • SALAH : Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.
  • BETUL : Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.

5. Tanda baca

Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah.

  • SALAH : Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram.
  • BETUL : Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano, dan dram.

Tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul.

  • SALAH : Jangan bergerak kalau bergerak kamu akan ditembak, jerit polis kepada perompak itu.
  • BETUL : "Jangan bergerak! Kalau bergerak kamu akan ditembak," jerit polis kepada perompak itu.


Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING